Thursday, November 20, 2008

BALIK KAMPUNG

Baru baru ini aku dan keluarga balik kampung. Nama kampung aku ialah Kampung Air Baruk. Aku dan keluargapun naik kereta Pesona. Sampai di R&R Dengkil, bapak aku pun minum air kerana nak hilangkan mengantuk. Aku menangis kerana bapak aku tak benarkan aku minum. Kita orangpun bergerak dan sampai pada pukul 12.30 pagi.

Semasa di kampung aku pergi ke rumah Pak Cik Padil. Pada ketika itu, hujan sangat lebat. Air di longkang sangat deras dan hampir hampir banjir. Selepas itu kita orang pergi makan di Kedai Roza. Kami sempat juga pergi ke rumah PakLong. Di rumah Pak Long, aku main Car Race.

Aku dan bapak aku pergi ambil nenek dan bawa nenek ke Tesco. Nenek rasa gembira kerana dapat berjalan-jalan dengan kami.

Sebelum kami balik ke Tanjung Malim, kami pergi ke kedai Pak Cik Sabri pekena roti canai dan air milo. Peh, sedapnya!.... Terima kasih bapak. Selesai minum, kamipun bergerak ke Tanjung Malim. Kami sampai pada pukul 2.oo petang. Nanti aku sambung cerita lagi Sekian Terima Kasih.
Kat Kedai Pak Cik Sabri


Kat Rumah Pak Cik Padil

Kat Anak Air.... Tunggu Banjir Je

Aku kat kedai Pak Sabri... Tunggu Roti Canai

0 comments: